Tuesday, May 15, 2007

Promosi Hari Ibu..


Sempena Menghargai Ibu-ibu pada tahun ini, PFA mengadakan promosi untuk semua ibu di mana sahaja anda berada! Semoga semua ibu berbau harum ketika makan makan bersama anak dan suami nanti ...hehehee


Dengan pembelian RM 50 dalam satu resit, anda akan diberikan sebotol pati perfume bersaiz 2cc secara percuma! Promosi ini hanya sah sehingga 17 Mei 2007 sahaja!


Dapatkan segera sebelum promosi tamat ...


Salam wangi ..
Perfume For All

Selamat Hari Ibu...


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu Kepada semua Ibu-ibu di seluruh dunia .... :)


Dalam keluarga saya, sudah ada 2 orang Ibu ..Hehheh...mak saya yang tercinta dan juga kakak saya yang dah ada 2 orang anak yang comel dan bijak!

Bercerita tentang Ibu, rasanya terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang ibu lakukan, tak terbalas dek kita kan ... walau dengan segunung intan. Saya akui, masa kecik dulu, saya ni nakal jugak ..lasak sikit sebab kakak saya yang kedua pun lasak, jadi saya ni terikut2 lah .. :) masa kecil, kalau mak saya marah, saya selalu buat "muka" kat belakang dia , macam mengejek2 gitu ...saya tau dosa buat gitu tapi time tu belum akil baligh lagi ... ikut suka saya jer nak melawan mak ...bila ingat balik..nyesal sangat ...:( Semuanya berubah bila saya melanjutkan pelajaran ke universiti ..Bila berjauhan, memang selalu rindu masakan mak saya .. Dan yang seronoknya, setiap balik KL, mesti mak akan masakkan yang sedap2 untuk saya, apa saya nak makan mak mesti buat..pastu siap bekalkan sambal gorang ikan bilis untuk di bawa balik ke UTM . Kengkawan semua puji sedap betul sambal tumis ikan bilis mak ...:)


Sejak di UTM, saya mula menghargai ibu saya dengan lebih baik lagi. Kalau dulu, saya malu nak cium pipi dia. Saya dapat rasakan yang ramai anak muda dan remaja sekarang agak malu2 nak cium pipi mak ayah. Maklumlah, tetiap hari jumpa kan .. saya pun begitu, tapi disini saya nak nasihatkan supaya anda semua ciumlah pipi kedua orang tua sementara ada kesempatan ini...buangkan rasa malu tuh, sebab mereka ibu dan ayah kita ... Sejak di UTM, setiap kali balik, saya akan cium pipi mak dan abah. Bila berjauhan tuh, rasa rindu. Amalan tuh saya buat sampailah sekarang. Walaupun lepas habis belajar & kemudian kerja, saya setiap hari mengadap muka mak, saya tetap akan cium dia sebelum pergi kerja sampaikan saya sendiri berkata dalam hati .."Aikk..dulu masa sekolah2 tak pun cium mak masa nak gi sekolah, setakat cium tangan jer ...ni cium pipi dan tangan setiap hari!" Saya pun perasan perbezaan tuh tapi saya sangat sukakannya ..kerana jarak yang memisahkan saya dan ibu selama 4 tahun telah menyebabkan saya lebih menghargai ibu dan ayah saya ... Saya akui memula nak cium abah tuh rasa segan sangat ...yerlah ..lelaki kan ...tapi saya buang rasa malu ..saya cium jugak ...lama2 saya rasa seronok sebab dapat tunjukkan rasa sayang pada mak dan abah...


Ingat lagi, dulu rumah kecik jer.Tinggal 6 beradik...Takder bilik tidur pon saya ni ..Tidur ikut mana dan lah ..(rumah saya dulu ada 2 bilik.1 bilik mak, 1 bilik Along yang di share ngan Angah) ..jadi saya selalu tidur di depan TV, tidur kat kerusi panjang ker, sofa ker ..mana yang sempat lah ...tapi kami satu keluarga happy ..seronok dan saya still boleh jadi best student masa study dulu ..( itu membuktikan di mana ada kemahuan untuk jadi yang terbaik, campaklah kat mana2 pun boleh, yang penting kemahuan untuk berjaya!) Bila ingat balik kisah dulu, saya tak tau macam mana saya dan 6 adik beradik lain boleh duduk dalam umah lama tuh ..hehehehe... (sampai sekarang rumah tuh ada lagi, sekarang nenek saya yang tinggal tapi dah diubahsuai ..cantik tau ..! ) Saya memang merindui rumah lama saya di Gombak, disitulah saya membesar. Sekarang Gombak dah banyak berubah ...Jalan dah besar, tak macam dulu ..Alangkah baiknya saya dapat kembali ke masa silam .....Dapatlah saya baiki kesilapan saya yang dulu ... Kan best kalau saya ada Doraemon ... heheheh...


Apa pun, saya bangga dgn ibu bapa saya yang membesarkan kami adik beradik sampai semuanya jadi "orang" ..bukan "sampah masyarakat... " Heartiest Thanks To Mama & Abah ...I Loves Both Of U So Much .."

Saturday, February 10, 2007

Abang Diroku Sayang ...

2 hari lepas saya ada membaca berita tentang sakit yang menimpa guru teater yg saya hormati dan sayangi - Sudiro Sukirman . Sungguh saya tak sangka beliau kini dalam kesakitan...terus saya teringat tentang nostalgia semasa saya dan kakak belajar teater di Central Market. Naik bas mini setiap Sabtu ..Sampai tertidur tidur dalam bas ..Siap pose tidur nganga lagi...punyalah jauh dari Gombak...Bersama kumpulan Teater Sutra, saya mengenal selok belok dunia seni ini. Hasil dari tunjuk ajar abg Diro, saya menjadi manusia yang kuat, kenal dunia dan kenal hidup realiti. Terima ksih kepada bapa saya juga kerana menggalakkan saya menyertai aktiviti seperti ini dengan satu matlamat: Biar anaknya menjadi "orang", kenal dunia realiti dan tak mudah di tipu ..

Dari seorang yang kaku menari, nak lenggok pun tak reti, saya menjadi orang yang boleh dikatakan bagus dalam tarian dan juga lakonan sehingga dipanggil dan digelar "school dancer" oleh Pengetua sekolah menengah saya! Semua acara kebudayaan dan tarian, saya yg jd kereografernya sehinggalah saya Form 5, saya jadi ketua pasukan sorak .. saya dapat berbakti pada sekolah dan mengharumkan nama sekolah ... semuanya atas tunjuk ajar sifu saya - Abang Diro .. Sayangnya, saya hanya sempat menjadi ahli teater selama kira kira 2 tahun, dari darjah 6 hingga Form 1 kerana keputusan ujian saya menurun - dari nombor 2 ke nombor 6 masa saya Form 1 ..Abah suruh berhenti kerana takut saya tak fokus study ..rasa sedih sangat kerana bukan teruk pun ujian saya , lagipun itu ujian akhir tahun, student kelas saya semua pandai-pandai, kira bagus jugaklah dapat nombor 6 ..top 10 tapi itulah, saya redha dalam terpaksa untuk keluar dari Teater Sutra...

Walaupun begitu, hubungan saya dengan abg Diro tak pernah terputus, kadang-kadang sya hubungi dia, memang saya anggap dia macam abang saya sendiri, saya tau dia sibuk di TV 3. Pernah juga juga kami lost contact but i managed to keep in touch with him once again ... Then..tak silap saya dia tukar nombor telefon dan saya hilang jejaknya lagi ...tapi saya tak risau kerana saya tau mana nak cari dia ...di TV 3 ..

Tau tau saja keluar berita dia sakit dan memerlukan rawatan .. terkejut dan sedih saya dibuatnya ... Tika dan saat ini, saya sedang berusaha mendapatkan nombor telefon abg diro melalui wartawan -Joe Lee yang nombornya saya ambil di blogdrive (http://klubbkidd.blogdrive.com/). Dia berjanji akan membantu saya mendapatkan cara untuk saya hubungi abg Diro .. Saya amat berharap agar Isnin ini saya akan berjaya dapatkan nombor telefon atau alamat abg diro utk saya melawatnya ... sedih betul saya baca sedutan akhbar di ruangan gossip cari.com.my tentang abg diro ... tak sabar rasanya nak jumpa dengan dia ...apatah lagi saya dapat tahu dia tinggal di Shah Alam .. satu kawasan dengan saya ...

harapan saya dapatlah pembaca blog saya ini mendoakan kesihatan guru teater saya yang saya sanjungi ....semoga Tuhan merahmati beliau dan mengurangkan penderitaannya... Amin...

Friday, January 26, 2007

Keratan Emel PFA


Saya rasa nak menulis tapi tak tau apa nak tulis skang ni ...mata pun dah lalok...mmm...takperlah, saya sertakan keratan emel yang saya hantar untuk mereka yang mendaftar di Mailing List Perfume For All. Sekurang-kurangnya semua pembaca dapat share jugak apa yang saya tulis kan ... Lebih baik lagi anda juga mendaftar Newsletter kami untuk informasi terkini ...Well.. Check this out!!!

************
Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak berkirim berita pada anda semua yang telah mendaftarkan diri untuk menerima mailing list dari kami. Maklumlah, laman web lama dilakukan secara manual, termasuklah sistem mailing list. Harus kami akui ia tidak begitu efisien dan Perfume For All telah memastikan laman web kami diubahsuai dan sistemnya lebih baik dan sistematik. Alhamdulillah, ia telah menjadi kenyataan.

Sepanjang kami mendiamkan diri, banyak pati haruman telah ditambah dan tidak sempat kami uploadkan ke dalam laman web kami yang lama kerana kami memberi fokus kepada laman web baru supaya ia dapat dilancarkan tepat pada masanya. Kini, anda akan dapat melihat semua jenis pati haruman yang ada dalam koleksi kami dan kami akan sentiasa mengemaskini maklumat kami buat tatapan anda.

Perfume For All juga sepatutnya telah mengalami kenaikan harga sejak 6 bulan yang lepas berikutan kenaikan harga bahan-bahan mentah dan kos pengangkutan tetapi pihak Perfume For All tidak mahu terburu-buru dalam melaksanakan kadar baru tersebut kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan kami. Kami menunggu masa yang sesuai dan ingin membuat pembaharuan selaras dengan perubahan bungkusan baru serta laman web baru juga koleksi terbaru kami iaitu Body Oil Spray. Masanya telah tiba dan anda akan dapat melihat senarai koleksi pati haruman kami semakin banyak dan memenuhi citarasa semasa seiring dengan kenaikan harganya. Walaubagaimanapun, ia masih mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat dan kami akan sentiasa memastikan pelanggan merasa puas hati dengan koleksi Perfume For All.

Pihak kami juga akan membuat promosi dari masa ke semasa dan sebagai permulaan, bagi pembelian 2 botol pati haruman Perfume For All, anda boleh mendapatkan botol ketiga dengan diskaun sebanyak 15% dari harga asal.
Kami dengan segala hormatnya menjemput anda melayari laman web kami di
www.patiperfume.com dan rasailah perbezaannya..

Sekian untuk kali ini,
Perfume For All


Perfume For All Berwajah Baru!!

Semalam merupakan hari yang cukup menggembirakan + memenatkan + "menghanginkan" bagi saya . Biar saya ceritakan dari mula ...Mungkin anda akan tergelak ..dan kemudian gelak lagik... tapi percayalah...hari Khamis 25 Januari 2007 merupakan "dwi hari" bagi saya - bersyukur + seronok dan hangin satu badan + geram yang amat.... Check this out....

Pagi: Hari ini saya kerja petang dalam pukul 2, tapi itu bukan alasan untuk saya bangun lewat. Niat di hati macam-macam nak buat. Nak htr order customer kat Taipan USJ dan nak htr order client kat JB. Lepas tuh kononnya nak cari COO kat area Taipan sana.Selepas menyiapkan sedikit kerja-kerja perfume saya, saya bersiap untuk keluar.

Tgh hari pukul 12: Saya terus ke pejabat pos taipan usj 9 dan jumpa client kat situ untuk bg perfume. Sambil tuh, htr perfume dealer kat JB. Almaklumlah ..Taipan penuh gile parkingnya, saya pun double park & tinggalkan business card di dashboard. Masa dalam pos opis, one chinese man called dan dengan suara yg lembut memberitahu saya dah buat double park, dia nak kuar tak boleh . Kelam kabut saya saya keluar semula dan alihkan kereta (padahal lagi satu nombor jer akan ke giliran saya). That chinese man memang gentle, tak marah pon. Mungkin saya tinggalkan contact number kat dashboard. hehehe..senang dia call. Lepas tuh, saya plak masuk parking dia tanpa bayar parking. Tak sempat. Harap2 tak kena saman ..Dah 2 kali saya kena saman berturut2 kat opis.Hampeh tul...Lepas htr barang, saya terus ke area Taipan nak carik COO. Nasib baik takder saman..

Tgh hari dalam pukul 12.30 - Kat area Taipan tuh, sekali lagi saya parking sebarangan sebab nak cepat. Alah bukan lama pon ...saya nak photostat dokumen jer . Tak sampai 10 minit .Time tuh tak nampak MPSJ pon. Banyak lagi kereta bersepah2 salah parking, parking tak bayar, dan macam2 kesalahan lagi la..Lepas saya photostat dokumen, saya dengan semangatnya berlari ke arah kereta saya ...Apa yang saya lihat..? KERETA SAYA TGH NAIK ATAS LORI!!!!!..Cilakok betul..Ntah bila2 lah diorang dtg .Mentang-mentanglah kereta saya parking kat kawasan yang clear, paling senang nak ditarik, dia pilih keta aku. Hampas betul..Saya bgtau abg MPSJ tu, tak yah lah tarik, saya dah dtg ni ha, nak apa lagik...dia tak bagi jugak.. Masa tuh dah pukul 1 pm. Bila saya kata camner nak kuarkan ..I need to go to work, dia suruh saya ikut abang tunda tuh ke SS15, bayar denda dan kemudian boleh amik balik kereta ..isk iskk..rasa macam nak BOM jer bangunan MPSJ tuh...hangin betulll....agak2 u all i gi SS 15 tuh naik apa? Hmmm...jgn tak tau ... saya diapit oleh 2 jejaka tak hemsem langsung DALAM LORI TUNDA MPSJ!!! Bencinyyaa....Macam bodoh jer rasa ...Tapi kesian gak kat abang tu sebab saya membebel kat dia..

Petang dalam pukul 1.15 pm- Saya sampai kat SS15 selepas beberapa ketika menahan nafas, sempat lagi call hubby kat dalam lori tu..Hubby punya bengang sampai dia suruh saya mintak MPSJ saman SEMUA kereta yang buat salah kat Taipan tuh ..hehehe...Tak adil betul. Dah lah tak pasal2 saya kena bayar RM 10 sebagai "kos simpanan", saya tak puas hati sebab bukannya dia simpan keta saya pun, aku datang ikut lori lah beb ... pastu pompuan tuh kata dah masuk dalam kira simpanan lah tuh ..hmmm..kalau macam tuh suruh lori parking luar jer lah ... pandai jer nak menghabiskan duit aku ..hempeh tul... disebabkan saya ada 4 kompaun, saya tak dapat diskaun ..so kena bayar 178..pala hotak dia ..mana aku ada cash . Pastu aweq tuh kata takperlah, bayar duit tunda jer RM 98, kompoun bayar next month sebab ada flat rate RM 30 satu kompaun.Mmmm...tengoklah dulu .Ko doa lah sales perfume aku tinggi ..nanti aku bayar lah ..kalau tak tunggu aku ada anak 4 baru aku bayor...hishh...buang masa betul..Lepas tuh, saya terus gi opis...Malas dah nak gi Taipan lagik...

Petang dalam kul 2 pm - Saya sampai opis dengan rasa hangin + penat .. Sampai opis, saya terus letak surat saman kat keta, malas aku nak bayar duit parking walaupun 50 sen. Tak lama lepas tuh, abang MPSJ datang nak saman lagik..Kengkawan saya berlari keluar , saya rilek jer gi kat abang tuh dan kata, saya dah kena saman, tak payah bayar lagi lah parking ni yerk? Terkejut gak abang tuh, pastu bila dia nampak saya lekatkan saman, dia pun kata , "tak payahlah.." Hmm...bagus ..kalau ko saman gak, siap ko...Jgn jadi macam MPAJ, pagi dia round, kalau tak bayar dia saman sekali.Petang dia round lagi, kalau tak bayar, dia saman lagik skali walaupun dah ada saman atas kete. Pandai kan ...

Petang dalam kul 3-4 pm - Saya punya website masih belum diuploadkan ..Risaunya ..sebab dateline hari ni. memang saya nak ia diuploadkan hari ni jugak, sebab itu janji saya pada pengedar dan diri sendiri. Nasib baik lah dapat programmer yang efisen macam yan, dialah yg tolong saya uploadkan ..lega sangat ..dalam pukul 4 lebih, akhirnya website baru PFA dilancarkan. Hmmm...sukanya saya....bangga nya tgk website PFA dah berwajah baru dan cantik...(pada pandangan mata saya lah ...pada pandangan org kena tunggu org komen baru tau ..) Walaupun masih ada serba sedikit yang belum diupdate bolehlah dikatakan 99% dah ok...hanya little tiny things saja yang perlu diupdate sket .. Segala rasa sakit hati saya hilang lepas tgk website baru saya di layar maya ..Hmmm..berbaloi rasanya . Tak sesia saya habiskan banyak masa untuk website ni ...

petang ke malam pukul 10 - Sepanjang hari sampai malam saya menghabiskan masa membuat kerja-kerja pajabat yang menimbun2...Tepat pukul 10 pm, saya balik umah sebab adik ipar nak dtg amik barang. Lepas jumpa dia, kena jumpa designer saya plak nak settlekan hal sales kit ..Uiskkk..otak saya dah tepu ni, saya rasa memang lately energy saya disedut habis-habisan . 4-5 perkara berlaku serentak dalam hidup saya sampai saya dah kepenatan. Mana nak pindah umah, kerja pejabat menimbun, website nak upload dan update, packaging baru, sales kit lagi...ya allah..tolonglah hamba mu ini...ameen...

Malam kul 11-1 pagi - Saya jumpa ngan designer saya kat area Bangsar di restoran Devi's Corner .Mak aiii..staff Devi's Corner ni memang nak kena hempuk betul lah ..Punya la lembap mak datok....hanginnya..Yang geram tu, dia takmo amik order sebab bukan kerja dia. Kerja dia lap meja kot . Muka dah la kerek, blur blur plak tuh. tak efisen langsung. Tak macam kedai mamak lain. Mungkin ni bukan kedai mamak muslim kot..pelik betul aku. Bukan saya jer kena, designer saya yang lewat datang pon, langsung dia buat bodoh tak amik order. Dah panggil 2-3 kali pun buat muka toya ..ya allah..mula lah aku nak menghamun jer ... saya pangil dia, pastu cakap " U takda dengar i panggil 2-3 kali ker? Tak mo amik order ka?" Barulah dengan terkial2nya amik order. Hampeh kelapa btol... nasib baik nan cheese dia boleh tahan sedap. Malas aku nak datang kedai ko lagik!!.

Pagi pukul 1.30 am- Kami sampai umah. Hubby dah lalok lalok... terus mandi dan tidur. Saya sempat manyalin tempahan pelanggan, takut lupa tapi nak buat alahai..letih betul lah ...itu ini dah pukul 2.30 pagi...esok jer lah yer customer2ku sayang .... mmm...nak tidur dulu ....

Thursday, January 11, 2007

Pindah Rumah ..

Hari ini,

Sekarang saya sedang mengadap PC sambil mengemaskini data data di laman web PFA.Mmm...tak tau lah bila nak siap .Penat betul rasanya...di tambah pula, tak lama lagi saya akan pindah rumah .Rumah pun tgh macam kapal karam jer ...hujung minggu ni pula penuh dgn aktiviti ..nak jumpa kawan pasal reunion SMCS ...kat KLGCC ..excited jugak sebab dah 10 tahun terpisah .. pastu nak beli cat pulak ... nak potong rumput ..cuci rumah ...iskk..takut pulak saya nak memikirkannya ..hehehe

Minggu depan pulak, big boss company akan datang, mesti lagi sibuk jadinya. Banyak aktiviti sampai dengar cerita time public holiday pun kena dtg opis .. alahai ...time time ni lah busy kemain, nak pindah, nak launch PFA, nak buat training , macam macam lagi lah ..Apa pun, saya berharap agar semuanya berjalan lancar dan launching PFA tak tertangguh ..saya pun dah tak sabar nak tgk a "new look" of Perfume For All...

Sama sama kita doakan ok....

Ameen...

Pressure ..Tekanan ...Tension....

5 hari lepas....

Rasanya sudah begitu lama saya tidak menulis di blog ini. Bukan apa, sejak Taiwan mengalami gempa bumi, semua kerja –kerja internet saya tertangguh. Tidak lama lagi, saya akan melancarkan wajah baru Perfume For All. Saya dapat merasakan tekanan yang maha hebat sekarang. Mana nak buat sales kit, nak upload data, nak upload gambar, packaging kotak dan botol baru, business card, sijil dan macam-macam lagi lah . Semua ini menyebabkan saya rasa tempoh waktu 24 jam sememangnya tidak mencukupi untuk saya. Memang saya risau terutama tentang website saya. Ada beratus info dan gambar yang perlu saya upload.Kalau satu hari 2 gambar sahaja yang boleh di upload (disebabkan masalah internet yang slow macam siput patah kaki...err..siput ada kaki ker ...ahaks!! ) ..sampai bila kerja saya nak siap? Hai...mood nak menulis pun hilang ...

Nasib baik saya dah terbiasa dengan tekanan kerja. Kalau nak di ikutkan, masalah saya sekarang hanya secebis sahaja berbanding dengan tekanan kerja yang saya alami masa saya muda dulu ..(macam dah tua jer bunyinya ..hehehe) . Saya bersyukur kerana di atas pengalaman berharga itulah, saya jadi sekuat sekarang. Insya allah, saya boleh menghadapi tekanan sekuat mana pun. Mungkin juga kerana saya mencintai bidang yang saya ceburi kini, maka tekanannya tidak terasa. Sememangnya pengalaman mengajar kita erti hidup yang maha besar dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Semua ini saya jadikan panduan dalam meniti kehidupan di kota metropolitan yang serba mencabar ini.

Syukur kerana hari ini, sambungan internet pulih seperti biasa. Tanpa melengahkan waktu, saya menghabiskan sepanjang hari saya dengan meng’upload’ semua gambar dan info tentang pati haruman PFA, Alhamdulillah ..habis juga akhirnya. Cuma ada sedikit yang tidak dapat di masukkan. Entah kenapa, saya pun tak paham ..Hangin betul...

Bercerita tentang tekanan ni, teringat saya ketika bekerja di Tanco Resort dahulu. Tapi hari ni, saya nak cerita pekerjaan saya yang pertama, Saya mula bekerja ketika berusia 16 tahun ketika cuti sekolah. Saya ni orangnya bolehlah dikatakan memilih juga. Zaman tu, ramai student kerja di Mc Donalds dengan gaji RM 2.50 sejam. Saya ada juga pergi interview tetapi bila disuruh datang, heheeh...saya mengelat. Sebab apa? Sebab saya rasa gajinya ciput. Heehhe...kerek erk? Saya kemudiannya memilih Famous Amos sebagai kerja sambilan saya selama sebulan. Gajinya RM 3.50 sejam. Zaman tu kira tinggilah juga kalau nak dibandingkan dengan restoran / cafe lain. Apa yang saya dapat? Wah ..bukan setakat saya pandai membuat cookies tau ...malah saya juga dapat menambahkan ketembaman pipi dan badan saya dalam tempoh sebulan saja! Apa tidaknya, pagi petang siang malam makan cookies jer … mana tak gebu! Supervisor saya ketika itu ...hmmm..jangan tak percaya ...seorang lelaki berketurunan Bangladesh! Siapa sangka saya akan menjadi staff di bawah seorang lelaki warganegara asing? Banyak yang saya pelajari dalam tempoh sebulan tu. Dari membuat cookies, melayani pelanggan, buat akaun, mop lantai, opening hinggalah closing semua saya kena buat,. Memang penat lebih lebih lagi saya tak boleh duduk. Kena berdiri sepanjang masa ( sebab tu lah itu pekerjaan pertama dan terakhir saya kena berdiri all the time, lepas tuh tak sanggup lagi...heheheh..). Sehingga sekarang, jika saya lalu di hadapan Famous Amos di tingkat bawah Sogo, saya sering terkenangkan nostalgia lalu. Entah apa lah cerita supervisor saya tu. Ntah ntah dah balik Bangladesh jadi OKB, Sapa tahu kan..Pengalaman itu mengajar saya menghormati semua orang, . tidak memandang rendah kepada warga asing dan boleh bergaul dengan mereka dengan baik sehingga sekarang (Jgn tak tau ..saya ada ramai juga rakan Indon & Bangla tau ..hehehehhe).

Yang paling penting, janganlah kita selalu menongkat langit, sombong dan memandang rendah orang- orang bawahan @ orang-orang asing. Siapa tahu satu hari nanti, kita akan berkerja di bawah pengawasan mereka. Omputih kata, ”Dont look down on me, i might be your boss someday!”.

Akhir kata dari saya, “ Yang membezakan manusia dengan binatang adalah akalnya. Anda dalam golongan mana? ”

Sunday, December 24, 2006

Kritikan Menjadi Dendam....

Harus saya akui bahawa saya merupakan orang yang degil ... Dan kerana kedegilan saya itulah, saya menjadi seperti apa yang saya jadi hari ini..

Masih segar di ingatan saya,awal tahun 2006, saya membawa sampel pati haruman untuk ditunjukkan kepada "orang tersayang" pada satu petang. Saya dengan semangatnya menunjukkan pati haruman tersebut kepada beliau. Saya kemudiannya bercerita dengan penuh keyakinan bagaimana kami boleh membuat satu perniagaan dengan pati haruman ini. Sesiapa yang mengenali saya pasti akan tahu bagaimana reaksi saya apabila bercerita dengan penuh semangat. Tetapi apa yang saya dapat? Orang yang paling saya sayang dan orang yang paling dekat dengan saya memberikan kritikan dan memperlekehkan niat saya! Bukan itu sahaja, apabila saya mengatakan yang kita boleh bermula dengan memperkenalkannya kepada keluarganya, jawapan yang diterima sungguh menyedihkan. Beliau berkata "Abang bukan tak mahu jual produk ini, tapi ia kelihatan seperti yang dijual ditepi jalan. Tak kelas sangat! Family abang tak pakai produk macam ni.." Lebih kurang begitulah bunyinya jawapan suami saya. Saya akui bahawa ayat tersebut seperti menikam jantung saya, membuatkan saya rasa sangat sedih. Mungkin ia tidak begitu sedih sekiranya orang lain yang memberitahu saya begitu tetapi ini orang yang saya sayang!! Jauh disudut hati, saya tidak mengharapkan beliau membuat perniagaan ini bersama saya, cukuplah sekadar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi seperti apa yang sering dilakukannya sebelum ini. Mungkin juga beliau tidak pandai menyusun ayat sehingga mengeluarkan kata kata yang cukup membuatkan saya tidak menegur beliau dari petang sampailah keesokan harinya. Tidak pernah saya rasa kecewa seperti itu tetapi ia bukanlah perasaan kecewa yang menyebabkan saya 'jatuh' tetapi lebih kepada perasaan 'dendam' dan ingin membuktikan kepadanya bahawa beliau akan 'mengunyah' semula apa yang dia katakan kepada saya. Saya berniat di dalam hati untuk menunjukkan kepada beliau yang produk ini akan terkenal satu hari nanti. (Beliau kemudian memujuk saya dengan membeli kek coklat kegemaran saya keesokkan harinya, pandai sungguh beliau mengambil hati saya!) Sambil memeluk saya, beliau meminta maaf kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan berjanji akan bersama-sama saya mengembangkan perniagaan ini. Saya terus menangis di bahunya sambil memberitahu beliau bahawa apa yang saya inginkan cuma sokongan. Beliau tidak perlu berbuat apa-apa terhadap perniagaan ini, biar saya uruskan..cuma sokongan yang saya pinta.. Dan saya juga telah membuktikan kepada beliau yang perniagaan ini boleh berjaya. Kerana kedegilan saya ini, produk saya mendapat tempat di hati pelanggan. Kerana kedegilan saya juga, produk saya diedarkan di seluruh Malaysia. Kerana kedegilan saya juga, produk saya menjadi popular tidak sampai setahun saya memperkenalkannya ke dalam pasaran ...After all, sifat degil itu tidaklah teruk sangat kan...?

Jadi, kepada mereka yang selalu putus asa atau selalu merasa lemah apabila diperkecilkan orang lain, ingatlah kisah saya ini. Jadilah orang yang 'degil' dan buktikan kepada orang yang memandang rendah kepada anda bahawa mereka silap! Janganlah anda hanyut bila diperlekehkan. Walaupun orang yang berkata itu teman anda yang paling rapat!. Kerana apabila anda berjaya, anda akan lebih dihormati dan anda akan lebih yakin dengan diri anda. Jika halangan 'minda' ini boleh anda tepis, ini bermakna anda sedang berjalan menuju kejayaan ... Tiada apa lagi yang boleh menghalang anda dari terus melangkah ... ke persada impian!!

Akhir kata dari saya, " Jadikan umpat keji orang sebagai satu semangat untuk anda melangkah lebih jauh ...ke depan ...bukan ke belakang..."

Salam Semangat,
Perfume For All

Bila Semuanya Bermula...

Semuanya bermula apabila saya merasakan yang sudah tiba masanya saya mempunyai satu perniagaan saya sendiri. Sebelum ini, walaupun saya masih bekerja dengan mana mana syarikat, minat berniaga tidak pernah padam dalam diri saya. Masih saya ingat, bagaimana saya bangun pada pukul 7 pagi dan membuka gerai di Flea Market Amcorp Mall.Saya menjual pelbagai produk termasuklah produk untuk kanak kanak. Walaupun untung tidak seberapa, saya merasa puas kerana saya merasakan itulah keputusan yang terbaik untuk menambah pendapatan. Bukan setakat di Amcorp Mall sahaja, saya juga pernah berniaga di Putrajaya & Ampang Point.

Mungkin kerana darah berniaga sudah mengalir dalam diri saya azali lagi. Bapa saya pernah berniaga kain, jual beli emas & mengedarkan minyak angin cap Singa keluaran datuk saya, makcik saya yang sulung pula membuka butik pakaian di Pertama Kompleks dan satu lagi makcik saya pernah membuka kedai jamu, juga di Pertama Kompleks..nampaknya ia telah menurun kepada saya pula ... Datuk jual minyak angin...cucu jual minyak wangi ... satu kebetulan yang sangat menarik kan...! Jangan tak tau ...minyak angin Datuk saya mempunyai peminatnya yang tersendiri ...!! Cuma sayang, ia tidak dieksploitasikan sepenuhnya, maka tidaklah segah minyak angin cap kapak...tapi kualitinya ....hanya siapa yang pernah menggunakannya akan tahu kelebihannya dan takkan bertukar ke minyak angin lain. Jika tidak, tidaklah saya melihat orang sanggup datang dari jauh ke rumah Datuk saya untuk mendapatkannya ...dari kecil hingga saya remaja ...(saya tinggal di sebelah rumah Datuk saya dan kini Datuk saya telah pun berusia 92 tahun! )..Kakak saya pula bersama suaminya telah berjaya membuka sebuah syarikat pelancongan di Bangsar dan mengeluarkan produknya sendiri...Nampaknya saya memang dilahirkan untuk berniaga ...

Janganlah pula anda terus membuat kesimpulan .."Padanlah dia boleh buat...keluarganya semuanya begitu ..." Tidak! Tidak sama sekali...Walaupun salasilah keluarga saya kebanyakannya orang berniaga, tetapi tidak semua adik beradik saya terlibat dalam bidang perniagaan. Semuanya di atas kehendak kita. Kita sudah sering kali di sogokkan dengan kata-kata " 9 daripada 10 punca rezeki adalah dari perniagaan"..Anda juga tahu tentang itu tetapi jika anda tidak mengaplikasikan apa yang dimaksudkan ...tidak ada gunanya ...Anda tidak akan ke mana ..anda hanya melihat seorang demi seorang usahawan baru muncul tetapi anda masih di takuk lama. Kenapa? Anda takut? Apa yang anda takutkan? Takut gagal ...? Seharusnya anda membaca buku yang bertajuk "Berani Gagal" hasil garapan Billi P.S Lim. Anda sebenarnya tidak perlu terlalu takut dengan kegagalan kerana dari situlah anda akan mengutip pengalaman yang berharga. Semua jutawan di dunia pernah gagal malah dalam satu artikel yang pernah saya baca, jutawan-jutawan ini mengatakan "Janganlah anda melihat 1 kejayaan saya, lihatlah 100 kegagalan yang pernah saya lalui". Ayat ini tersemat di hati saya kerana ianya memang sesungguhnya benar. Saya sendiri pernah gagal dalam salah satu perniagaan yang saya ceburi tetapi saya tidak kesal kerana saya belajar melalui pengalaman. Pengalaman yang tidak dapat saya beli dengan wang ringgit. Ingin tahu ceritanya? Tunggu coretan saya akan datang...


Akhir kata dari saya, "Untuk mengetahui sama ada anda benar-benar takut atau tidak, lakukanlah perkara yang anda takutkan itu. Barulah anda tahu sama ada anda betul betul takut atau ia hanya ilusi anda"

Salam usahawan,
Perfume For All

Bermulanya sebuah kisah...


Salam sejahtera pembaca semua,

Terdetik di hati saya untuk membuat satu blog khas tentang perjalanan hidup saya sepanjang menjalankan perniagaan pati perfume ini apabila saya merasakan dengan cara ini saya dapat mendekatkan diri dengan para pelanggan saya. Idea ini terlintas di fikiran saya ketika saya sedang memandu kereta....dan di sinilah saya pada pukul 1 pagi di hari Krismas 2006 mencoretkan sesuatu buat tatapan anda semua...

Walaupun saya mempunyai laman web khas untuk perniagaan ini (www.patiperfume.com), saya merasakan bahawa dengan adanya blog seperti ini, dapatlah saya berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua..sebagai kawan dan sebagai usahawan ... Minat menulis ini memang sudah lama tertanam di jiwa ini tetapi sering sahaja terhalang disebabkan masalah masa... kini saya rasakan ia bukan lagi satu alasan ... walaupun penulisan saya tidaklah hebat seperti penulis profesional ..tetapi saya rasa ia masih boleh dibanggakan ..( wah....perasanlah pulak ...heheh) ..

Saya berharap dengan adanya blog ini, dapatlah ia merapatkan jurang antara saya dengan pelanggan dan dalam masa yang sama, dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang berniat menjadi usahawan tetapi masih mempunyai rasa sangsi dan ragu ragu..ikuti kisah hidup saya dan semoga anda semua menjadi kuat dan hebat!!

Akhir kata daripada saya...
"Anda adalah apa yang anda fikir .....Fikir-fikirkanlah ...."

Salam Wangi,
Perfume For All